Saturday, February 2, 2008

Malam Loto

Loto Game at Ernest Perochon's school
Poitiers,2008


Permainan ini biasanya dibuat setiap tahun di sekolah Wafeeq..
Memang satu game yang menarik dan dapat mengumpul tabung untuk projek sekolah ini..
Penyertaan adalah untuk semua ibubapa,murid-murid dan juga individu yang berminat..

Game ini mempunya kad-kad nombor yang setiap satu kad dijual seperti dibawah:

1 kad=3 euro
3 kad=8 euro
7 kad =15 euro

Pelajar sekolah masing-masing akan mendapat 1 kad percuma dari pihak sekolah..

Pelbagai hadiah menarik disediakan oleh pihak-pihak yang mensponser hadiah..
Antaranya ialah..
mesin membuat roti
mesin kopi expresso
DVD portable
telefon bimbit
DVDs
tiket-tiket masuk percuma
(perlawanan volleyball,taman haiwan,teater,dll sekitar daerah Poitiers)
buku-buku
cenderahati dari pihak bank,majlis daerah
cenderahati dari kedai-kedai dan pasaraya dll



Selain daripada itu,ibubapa juga boleh menyumbangkan makanan seperti kek dan pastries untuk dijual pada malam ini..
Aku menyumbangkan apam warna -warni yang telah disiapkan pada sebelah pagi..
Wang hasil jualan ini juga disumbangkan kepada pihak sekolah untuk aktiviti2 sekolah..

Satu idea yang menarik bukan?
Game ini telah memberikan idea buatku untuk dilaksanakan di sekolah ku di Malaysia bila pulang nanti..
Satu projek yang amat bagus sekali..



Anak dan ayah senang menunggu masa permainan dimulakan..
Kita minum dan makan dulu yek....


(Keluarga ini telah memenangi 3 hamper sekaligus...)

Inilah sebahagian daripada ibu bapa dan pelajar yang datang pada malam semalam..
Sungguh bersemangat sekali untuk memengi hadiah..
Satu situasi yang amat mengembirakan dimana ibubapa dapat bertemu denagn keluarga lain disamping anak-anak dapat berjumpa dengan rakan-rakan mereka..


Wafeeq dan rakan baiknya..Galaad...

Pada malam itu,kami telah memenangi 1 set hamper..!
Punyalah seronok x terkata sebab pertama kali memenanginya..


Wafeeq sungguh gembira dengan hadiah yang dimenanginya..
hooooray!


Antaranya hadiah yang dimenangi..
tiket percuma untuk masuk ke Lac de St Cyr
tiket masuk percuma ke Ile de Singes(Pulau Monyet)
Buku-buku
Stationary
Barangan dari Daerah Poitiers
Permainan
dll



Yang ni yang paling best...Set darts elektronik...
Boleh bawa balik Msia nih..heheh..

Walaupun game ini memakan masa yang agak lama..4 jam..tapi berbaloi jugakkan..
Selain dapat bergembira dan berjumpa dengan rakan-rakan ..dapat juga menyumbangkan sesuatu untuk masa depan murid-murid sekolah..dapat hadiah pulak..1 bonus!

ok..upcoming entry will be more exciting..
*Carnaval de Mardi Gras











15 comments:

FaRuHa said...

Salam Faizah,

Seronoknya main-main sambil dapat hadiah.
Wafeeq dah teror speaking France?

Faizah nak tanya sikit, sistem sekolah (kindergarten, elem. sch., 2ndary sch., & high sch.) sana totaly used their mother language ke?

Faizah said...

Faruha..

wafeeq dah semakin mantap french dia lebih dr ibu dia..hihi..

Sini semua guna their mother language sehinggalah in the 2nd sch mereka boleh memilih other european languages..but ramai jugak yg ambik english dan sekarang anak2 muda di sini suka nak belajar bahasa jerman sebab ada...TOKYO HOTEL!kumpulan anak muda dari German yang sedang tiptop sekarang...

mummysyafie said...

Faizah

salam perkenalan erkk..

dah lama ke duk sana..anyway.. muka Wafeeq dah ada iras muka matsalleh la..

Faizah said...

Mummysyafie..
Salam kenal juga..
Dah 2 tahun kat sini..
ye ke..haah..mmg betul pun..;P

UmiMia said...

game macam bingo yer...seronok kalau ada sekolah kat sini buat cam tu...

Mamzel :) said...

hi kak faizah..

TERjumpe your blog nie time tgh bwt research 4 my french cours..yours enfants..TROP MIGNONS!!!read 1 of your posts, EX FRENCH TEACHERS KAT IPBA?Vs etes etudiante de francais kat ipba, ke b4?Pursuit study kat France,eh??

Faizah said...

Umi Mia..
haah..sama cam bingo..kena semua nombor kena..tapi ada 3 pusingan..

1)kena penuh semua nombor dalam 1 barisan
2)kena penuh 2 barisan dalam 1 kad
3)kena penuh satu kad tu..

then jerit la apa2..yes,oui atau ape la supaya judge nampak kita..
setiap pusingan hadiah lain2 la..

Faizah said...

adik Bintang..
Akak buat persediaan kat IPBA tahun 2004 tapi x leh sambung di France sbb masa tu tunggu masa je nak bersalin anak kedua..husb saje yg dapat..ni tahun terakhir dia study cni..

U kat mana la ni?

Mulan said...

waahhh seronok nya dapat hadiah.. tahniah tahniah..

ahaks, jgn lupa kasi resipi apam kaler2, terlior pulak dah..

silversarina said...

macam-macam pengalaman boleh you bawa balik ke tanahair . Mesti boleh jadi consultant dalam aktiviti pendidikan nanti.

Mamzel :) said...

~skarang kat IPBA,wat foundation FLE.This year [maybe awal september] partir pour la France[CLA,Besancon].Akak wat foundation kat IPBA tp xdpt sambung g France, then continue kat mane?~

Faizah said...

Mulan..
resepi tu izah ambik kat mamafami..selalu jugak masuk hanieliza blogspot..best2 resepi kat situ..

Faizah said...

silversarina..
insyaAllah..untuk anak bangsa kita juga..yg mana elok kita ambil..

Faizah said...

Farah..
akak x sambung pun..ikut hubby ajer la..akak kenal Ainaa..ada juga chat dgn dia..kim salam kat dia yek..

Mamzel :) said...

oWh..ni laa kak faizah yg dia pnah cite tu..ok2...InsyaAllah nanti farah sampaikan...btw,Selamat menyambut kelahiran baby baru..(",)