Loto Game at Ernest Perochon's school
Poitiers,2008
Poitiers,2008
Permainan ini biasanya dibuat setiap tahun di sekolah Wafeeq..Memang satu game yang menarik dan dapat mengumpul tabung untuk projek sekolah ini..
Penyertaan adalah untuk semua ibubapa,murid-murid dan juga individu yang berminat..
Game ini mempunya kad-kad nombor yang setiap satu kad dijual seperti dibawah:
1 kad=3 euro
3 kad=8 euro
7 kad =15 euro
Pelajar sekolah masing-masing akan mendapat 1 kad percuma dari pihak sekolah..
Pelbagai hadiah menarik disediakan oleh pihak-pihak yang mensponser hadiah..
Antaranya ialah..
mesin membuat roti
mesin kopi expresso
DVD portable
telefon bimbit
DVDs
tiket-tiket masuk percuma
(perlawanan volleyball,taman haiwan,teater,dll sekitar daerah Poitiers)
buku-buku
cenderahati dari pihak bank,majlis daerah
cenderahati dari kedai-kedai dan pasaraya dll

Selain daripada itu,ibubapa juga boleh menyumbangkan makanan seperti kek dan pastries untuk dijual pada malam ini..
Aku menyumbangkan apam warna -warni yang telah disiapkan pada sebelah pagi..
Wang hasil jualan ini juga disumbangkan kepada pihak sekolah untuk aktiviti2 sekolah..
Satu idea yang menarik bukan?
Game ini telah memberikan idea buatku untuk dilaksanakan di sekolah ku di Malaysia bila pulang nanti..
Satu projek yang amat bagus sekali..

Anak dan ayah senang menunggu masa permainan dimulakan..
Kita minum dan makan dulu yek....
(Keluarga ini telah memenangi 3 hamper sekaligus...)Inilah sebahagian daripada ibu bapa dan pelajar yang datang pada malam semalam..
Sungguh bersemangat sekali untuk memengi hadiah..
Satu situasi yang amat mengembirakan dimana ibubapa dapat bertemu denagn keluarga lain disamping anak-anak dapat berjumpa dengan rakan-rakan mereka..
Wafeeq dan rakan baiknya..Galaad...Pada malam itu,kami telah memenangi 1 set hamper..!
Punyalah seronok x terkata sebab pertama kali memenanginya..
Wafeeq sungguh gembira dengan hadiah yang dimenanginya..hooooray!
Antaranya hadiah yang dimenangi..tiket percuma untuk masuk ke Lac de St Cyr
tiket masuk percuma ke Ile de Singes(Pulau Monyet)
Buku-buku
Stationary
Barangan dari Daerah Poitiers
Permainan
dll

Yang ni yang paling best...Set darts elektronik...
Boleh bawa balik Msia nih..heheh..
Walaupun game ini memakan masa yang agak lama..4 jam..tapi berbaloi jugakkan..
Selain dapat bergembira dan berjumpa dengan rakan-rakan ..dapat juga menyumbangkan sesuatu untuk masa depan murid-murid sekolah..dapat hadiah pulak..1 bonus!
ok..upcoming entry will be more exciting..
*Carnaval de Mardi Gras












.jpg)











