Tuesday, October 23, 2007

Cuti Musim Panas


Jalan-Jalan Cari Makan
Cuti Summer 2007

Labuan,Brunei,Kota Kinabalu Sabah,Miri Serawak

Bonjour!
Hari ni ku nak bercerita pasal Brunei..
This is our 2nd holidays in Brunei..The first was in 2003..
Masa tu raya..Kami pergi ke istana..Sempat la bersalam dgn sultan dan sultanah dia...
Manusia punya la ramai...
But this year,saja jenjalan makan angin..
Lagipun my father n mother in law tinggal di Brunei..
Boleh jimat duit hotel ye x...hahahhaha...

Gambar kat atas tu..semua tahukan...Pizza Hut
Tapi kat sini tulisannya ditambah dgn jawi..
'Pondok Pizza'...betulkan...translation dr english..



Ini pulak istana lama raja Brunei...
Sekarang dah ada yang baru kan....
Comel istana lama ni..



Yang ini pulak masjid..Sorry ku x ingat nama..tapi cantikkan..
Kubahnya disalut emas!!
Terletak betul2 ditengah-tengah Bandar Seri Begawan

Ini pun cantik juga..
Redup mata memandang..
Tengok masjid bukan aku..





Boring-boring..kami pergi jalan-jalan kat Mall ni..
Last2 tersangkut pulak pada kedai kain dia..
Beli la jugak untuk raya..
Mmg cantik kain2 kat dalam tu..
Kain baju melayu dan sampin pun elok2..


McD pun tulis jawi..
bagus..bagus...


Ini pulak kitaorg keluar dinner..
Tempat ni nama Millenium..macam hotel tapi bukan...

Kebetulan malam tu buffet makanan barat..
Apalagi kita taram abeh lamb chop dia..hahahhah..sedap siut...
Nanti kalau datang Brunei..mesti datang sini..makanan sedap...


Bab makan lagi...kkekekke
Ini kat Restoren Indonesia malam keesokkannya..

Cantik restoren ni..namanya ku dah lupa...
Rendang dia sangat le sedapnye...
Suasana pun amat menarik and very cozy..



Ini pulak kat depan hotel yang 6 stars tu...

The Empire Hotel & Country Club..
Amat le cantik dan luas..
Ada Cinema lagi kat sebelah..


Ni kat bahagian dalam dia..bertingkat-tingkat...
Cantik


Ini kat kawasan sekitar hotel
Swimming pool dah sama macam laut la pulak..

Nak aje aku terjun kat dalam..hahahhah

Lastly...Kampung air..kat belakang tu..
Famous tempat ni kat Brunei..
Ada bot sewa untuk keseberang..

Apa-apa pertanyaan boleh le kita bertanya dgn Kak Nina Suria..
Dia mmg org Brunei..

Ok..sehingga bertemu lagi untuk siri Jalan-Jalan Makan Angin ke...

Kota Kinabalu and Mount Kinabalu...
Tungguuuuuuuu.....

Sunday, October 21, 2007

Eid-Mubarak En Poitiers 2007

Raya sudah seminggu berlalu tapi baru hari ini ada kesempatan hendak masukkan entry raya..
This year will be the last year we celebrate Hari raya in France..
(Baju tak sama colour sbb tak sempat tempah masa balik haritu..)


Raya pada tahun ini agak meriah kerana diserikan dgn kehadiran keluarga kawanku dari MALAYSIA..banyak makcik tu bawa bekalan untuk berhari raya di sini..
Terima kasih tak terhingga dari kami..


Antara juadah yang dsajikan adalah ketupat palas..yang segera aje nampaknye..
Nampaknya next yearlah baru boleh merasa ketupat palas jagung Aloq Setaq..


Semua kuih,kerepek dan kekacang datang dari Malaysia..termasuk serunding tu...
Meriah jugak raya tahun ni..

Antara juadah yang kami sediakan...nasi impit dan sayur lodeh.rendang ayam,
agar-agar dan lain-lain..
(Apple pie tu makcik sebelah rumah yang buat sendiri..sedap..merci madame)


Tu sambal ikan bilis makan bersama lontong..
The event started at 2.00 p.m..
We invited the french friends and neighbours too..

Suka betui la mereka dgn rendang,lontong dan kerepek-kerepek..
Siap mintak resepi lagi..
Ada yang siap bawak balik bekal sekali..hehheheh..
Sorang tu nak duduk Malaysia sbb makanan kita mmg sedap2 belaka katanya...


Inilah madame2 yang rapat dgn kami..Yang baju merah tulah yang buatkan pie apple dan scarf
musim sejuk untukku dan Nasrin..baik hati betul..
Mereka ni mmg sukakan anak-anak kami...
Madame yang sorang lagi pulak dok berkenan kat langsir umahku..dia kata cantik..tanya kat aku mana beli kain..aku kata dari MALAYSIA le makcik oii...kat sini mana ada..kat sini kain x cantik..hehheheh..

Ini pula..my friend,Peggy(baju putih)..Anak dia adalah kawan rapat Wafeeq..Nice lady..
and Beatrice..my husband 's tutor..Baik jugak orangnya..
Dia selalu menjemput kami ke rumahnya jika ada party dan sebagainya..


Ini pulak my husband's best friend..Yan..with his girlfriend..
Muda lagi budak tu..baru 20 tahun...


Yang belakang tu pun my husband's best friend jugak..Etienne...
with his girlfriend...

Pada sebelah petang,Yati with her daughter sampai dari La Rochelle..Tak sempat untuk bergambar sebab bateri kong!
Malam pulak beramai-ramai menonton rugby..

France VS New Zealand...

New Zealand Kalah pulak...

Sambil-sambil tengok tu makan le kerepek raya..syok jugak la raya tahun ni...walaupun x semeriah beraya di Malaysia...apa nak buat..inilah ada merantau di bumi asing...
huhuhuhuhu...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Wednesday, October 10, 2007

Selamat Jalan Angkasawan Malaysia..

Dr.Sheikh Muszaphar Shukor
Satu sejarah penerokaan angkasa tercipta apabila angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 35, berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak kira-kira 333 kilometer dari muka bumi, malam ini.(Petikan,Utusan Malaysia Online).



Kejayaan ini adalah satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-50.

Doktor Bedah Otopedik ini yang berasal dari Seremban akan berlepas selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Syabas dan tahniah diucapkan..
Semoga dapat menjalankan kajian saintifik dalam bidang sains hayat
dan perubatan angkasa lepas.

Beruntungnya dapat merasa Hari Raya di angkasa raya..
Satu pengalaman yang amat bermakna..

Semoga hasil kajian tersebut dapat memberikan kebaikan kepada kita semua..
Selamat berangkat..Semoga selamat pergi dan kembali ke bumi tercinta..



Monday, October 8, 2007

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat berjumpa kembali ya......Ku dah balik........I'm back........
Actually x kemana-mana pun...Cuma x lalu nak tengok blog sendiri...kahkahkah...apa punye penyakit dah....
Hari ini alhamdulillah setelah 2 bulan lebih x boleh bukak blog...akhirnya boleh la pulak...
Seronok tau...penyakit dah hilang dah...mintak2 x datang lagi...kuakuakua..

Ini gambar ikan-ikan bakar masa kami melancong ke Kota Kinabalu
Gerai ini terletak betul-betul di belakang pasar Filiphines yang terkenal dgn kristal dan mutiara sabah..sedap siut..murah-murah pulak..
(Korang x tengok lagi kan gambar ku p Borneo..ada masa ku updatekan yek)

Korang semua my friend apa khabar?Lama x masuk blog korang tau..minta maap banyak2 ye...zahir dan batin lagi..ampun..bukan x mahu tapi x boleh..harap2 korang semua sihat walafiat yek...

Puasa macam mana?Ada tinggal x?..




Bestnyer kalau dapat beraya di Malaysia bersama keluarga,sanak-saudara dan kawan-kawan..

Tahun ni adalah tahun kedua ku beraya di sini dan 4 tahun buat suami terchenta...

Tahun ni rasa raya meriah sikit sbb buat open house..Jemput le datang yek...

Gambar kat atas tu adalah '
ABUYAT'...sedap sungguh..makan masa pergi ke BRUNEI aritu..ada sambal tempoyak tau..yg putih tu adalah tepung sagu..mmg best sangat!



Ok la..Dikesempatan ini,ku dan family ingin meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada kawan2 bloggers sempena bulan yg mulia dan raya yang bakal menjelma dalam 6 hari lagi..

Nantikan update ku yang terbaru khas untuk
AIDILFITRI DI FRANCE POITIERS....

Jaga diri..Salam sayang dan penuh kerinduan...