Sunday, August 23, 2009

Selamat berpuasa dan menyambut kemerdekaan negara ke 52!!!

Rasanya belum terlambat ku ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 52 tahun...

Cepat sungguh masa berlalu pergi..sudah hampir setahun aku pulang ke tanahair tercinta..Teringat daku semasa berpuasa di tempat asing dulu..hari-hari di bulan Ramadhan sama sahaja seperti hari-hari yang biasa..tetapi di Malaysia,kemeriahannya amat terasa...dengan solat terawih berjemaahnya,hidangannya,pasar Ramadhannya,sale sana dan sale sininya..hahah...

Dan..kita juga amat bertuah kerana dalam bulan Ramadhan juga..kita akan menyambut tarikh keramat..31 Ogos..dengan suasana yang serba sederhana tetapi meriah...Alhamdulillah syukur..

Teman...selamat menjalani ibadah puasa dan perbanyakkanlah sedekah dan amal ibadat kita di bulan yang amat mulia ini..Semoga segala ibadah yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang besar dari-Nya..Amin..


*hidangan berbuka puasa....sedapnyeeeeeeeeee*


4 comments:

katak_78 said...

wah! udang! my faverito!

MULAN said...

wooo.. sodap tu..

zino said...

selamat berpuasa dan merdeka....

cikdinz said...

sala merdeka....