Wednesday, October 10, 2007

Selamat Jalan Angkasawan Malaysia..

Dr.Sheikh Muszaphar Shukor
Satu sejarah penerokaan angkasa tercipta apabila angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 35, berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak kira-kira 333 kilometer dari muka bumi, malam ini.(Petikan,Utusan Malaysia Online).



Kejayaan ini adalah satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-50.

Doktor Bedah Otopedik ini yang berasal dari Seremban akan berlepas selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Syabas dan tahniah diucapkan..
Semoga dapat menjalankan kajian saintifik dalam bidang sains hayat
dan perubatan angkasa lepas.

Beruntungnya dapat merasa Hari Raya di angkasa raya..
Satu pengalaman yang amat bermakna..

Semoga hasil kajian tersebut dapat memberikan kebaikan kepada kita semua..
Selamat berangkat..Semoga selamat pergi dan kembali ke bumi tercinta..



2 comments:

Kak Elle said...

syabas malaysia bolih!

hensem juga dia ye...hehe

Kiah Kardashian said...

wa mamat ni kalau gi space mau alien culik buat laki...hahhaha. TAk leh tido malam tengok gambar ko letak nih..hish