Monday, January 28, 2008

Flower Planting 2008

I Love Gardening..

Sejak kecik lagi aku mmg minat sangat dgn pokok-pokok..Ingat lagi masa kecik-kecik dulu dalam umur 7-8 tahun..aku dah belajar tanam anak-anak pokok..Mula-mula tu semua pokok mati..heheh..mak kata tangan aku ni panas..pokok x menjadi..tapi yang pastinya pokok tu mati sbb hari-hari aku dok siram air kat dia sampai banjir..hehheh...nak suruh pokok tu tumbuh cepat...kekekke..tapi experimen x menjadi ler..

Then..bila dah besar sikit..minat pulak tanam kaktus sbb selalu tengok abah tanam..comel-comel pokok kaktus..kebetulan abah dan mak pun mmg suka tanam pokok..mak suka tanam pokok orkid sampai aku pun terikut-ikut jugak sampai le dah besar ni..aku suka tanam pokok orkid batang..lagipun senang nak jaga...

Abah lak segala pokok dia suka tanam..dulu ada satu masa tu..pokok "puding tut" sangat byk abah buat..macam-macam jenis dan nama..antara yang aku ingat namanya...pokok puding karipap.

Kalau datang kat rumah aku kat Teluk Intan boleh la tengok macam-macam pokok keliling rumah..Pokok buah-buahan pun banyak..Dulu kami sekeluarga every 2 weeks akan ke
Sungai Buloh beli pokok-pokok..

So sekarang ni minat gardening mmg ada dan diteruskan di bumi France ni..Yang bestnyer kat sini tanah subur..tanam apa-apa pun sure jadikkan..
So tahun pertama sampai..2006..
aku pun cuba le tanam pokok-pokok sayur,buah dan bunga...

Hasilnya amat memberangsangkan..
Suka giler aku tengok pokok-pokok menjadi di sini..
Sampai buah-buahnya boleh disedekahkan kat kawan-kawan dan jiran-jiran..
Banyak sangat...


Antara yang aku tanam pokok sayur tomato..6 pasu,caulif-flower...4 pasu..
kacang buncis...6 pokok,strawberry...6 pokok dan rose 1 pasu...


Inilah hasilnya...

dan kat bawah ni...

bergayut-gayut buah tomato ku..tapi gambar masa masak x sempat ambil pulak...



In 2007..aku tanam pokok tulip pulak..Tulip ni kita kena tanam biji benih dia yang macam bawang merah tu dari bulan 11 dan dia akan keluar bunga dalam bulan 3-4..


Cantikkan....

Aku tanam kat verandah aje..

Inilah hasilnya...



Tahun ni pulak..gatal tangan nak cuba tanam China rose...
Bunganya nanti kuar macam gambar kat bawah..kalau menjadi la..
Guna anak benih jugak..



Satu lagi tanam bunga ala-ala popi gitu..tak pasti nama apa sebenarnya..
Bunganya akan keluar sekitar April dan Mei..

Nanti kita tengok hasilnya ya...

Ni pulak anak-anak pokok tulip aku yang baru nak naik..
Harap-harap bunganya masih cantik lagi la..



Ok..take care everyone..nanti ada update criter lain pulak yek..

6 comments:

Umi Mia said...

Cantiknya tulip...and rajinnya bercucuk tanam...tapi tu lah yang bagus..berbudi pada tanah...dapatlah hasilnya...

silversarina said...

rajin faizah tanam bunga dan hasilnya memang tidak mengecewakan, cantik.

FaRuHa said...

Salam,

Rajinnya Faizah menanam...saya pun luv gardening, tapi ikut musim.
Kalau musim dingin semua jadi beku dan kaku dgn tuan-tuannya sekali beku!

faizabelle79 said...

umi..
mmg betul tu..x rugi berbudi pada tanah..

kak sarina..
terima kasih..saya ada byk waktu terluang kak..boleh cuci mata juga tengok bunga2 berkembang mekar

faruha,
samalah kita..haritu masa tanam pokok kena pakai baju tebal..sakit tangan ni sbb sejuk..tapi apa nak buat sbb mmg masa ini khas untuk menanam..

nono said...

huhu...
nice flower la sis...
santek sgt..(:

K H A Z I N A T U L A S R A R said...

waa!! canteq nye bunge, suke suke!nnt bile china rose tuh dah jadik, akak tarukla kat blog ye :)