Flowers everywhere..
Begitu juga dgn daun-daun yg baru kelihatan dihujung-hujung ranting.
Fushsia sakura kelihatan di sana sini,pelbagai warna dan rupa..
Ini adalah pokok buah prune..
Buahnya akan masak sekitar September nanti..
Buat jam amatlah sedap..
Makan begitu saja amat manis sekali..
*********************************
Sepanjang perjalanan ke rumah Galaad
(Wafeeq's best friend)
Petang itu kami berjalan kaki menuruni bukit untuk menghantar Wafeeq ke rumah Galaad.
Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto lagi..
Hihi..
Untuk pengetahuan semua,Poitiers adalah kawasan bergunung dan berbukit.
Memang memenatkan juga jika anda berjalan kaki atau berbasikal.
Tapi apabila sudah biasa,tambahan pula panorama yang segar,nyaman,tenteram dan indah..
segala kepenatan hilang begitu saja..
Ini adalah jalan belakang..
Dikelilingi hutan dan pokok-pokok..
Sungguh cantik kawasan ini..
Jalan ini biasanya digunakan oleh penduduk sekitar untuk berjalan mengambil angin bersama keluarga,berjogging,berbasikal dan lain-lain..
Hari sungguh baik hari itu..
Kelihatan beberapa keluarga keluar untuk bersiar-siar..
Lihat di bawah sana..
Ada sungai kecil dan juga trek untuk berjogging dan bersiar-siar..
Tahun lepas kami berbasikal melalui denai tersebut..
Seronok!
Ini pula pokok magnolia.
Baru hendak kembang bunganya..
Nanti bila sudah mekar amatlah cantik sekali..