Wednesday, February 27, 2008

Spring is coming soon....

Tidak lama lagi musim sejuk akan melabuhkan tirainya.Muncul pula musim bunga.
Musim kegemaranku..
Flowers everywhere..


Petang kelmarin aku sempat mengambil beberapa foto bunga yang baru hendak berputik.
Begitu juga dgn daun-daun yg baru kelihatan dihujung-hujung ranting.
Fushsia sakura kelihatan di sana sini,pelbagai warna dan rupa..


Damai rasa dihati apabila melihat bunga-bunga kecil bertaburan di atas rumput di halaman rumah..


Lihat..kuntuman white sakura dihujung dahan dan ranting kecil.
Ini adalah pokok buah prune..
Buahnya akan masak sekitar September nanti..
Buat jam amatlah sedap..
Makan begitu saja amat manis sekali..

*********************************

Sepanjang perjalanan ke rumah Galaad
(Wafeeq's best friend)

Petang itu kami berjalan kaki menuruni bukit untuk menghantar Wafeeq ke rumah Galaad.
Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto lagi..
Hihi..

Untuk pengetahuan semua,Poitiers adalah kawasan bergunung dan berbukit.
Memang memenatkan juga jika anda berjalan kaki atau berbasikal.
Tapi apabila sudah biasa,tambahan pula panorama yang segar,nyaman,tenteram dan indah..
segala kepenatan hilang begitu saja..



Ini adalah jalan belakang..
Dikelilingi hutan dan pokok-pokok..
Sungguh cantik kawasan ini..

Jalan ini biasanya digunakan oleh penduduk sekitar untuk berjalan mengambil angin bersama keluarga,berjogging,berbasikal dan lain-lain..

Hari sungguh baik hari itu..
Kelihatan beberapa keluarga keluar untuk bersiar-siar..



Lihat di bawah sana..
Ada sungai kecil dan juga trek untuk berjogging dan bersiar-siar..
Tahun lepas kami berbasikal melalui denai tersebut..
Seronok!


Ini pula pokok magnolia.
Baru hendak kembang bunganya..
Nanti bila sudah mekar amatlah cantik sekali..


Gambar bunga magnolia jarak dekat..
Akan berkembang dalam seminggu ini rasanya..


My pinky flower..
Nasrin Humaira..

and

a big black cat..
Kucing tu selalu datang rumah kami la..
manja pulak tu..
Suka gesel badan,main kejar2 dgn kami..

Dia nak ganti Sin Chan kut kan..hmmmm..

15 comments:

zino said...

mesti cantik dengan warna warni nanti tu..

Kak Elle said...

musim bunga ni mmg di tunggu kan Faiza?

cantik surrounding ke rumah kawan Wafeeq tu ye?

k-riey said...

hehe, hepi lak da nak abih winter ni kan kak.
da kurang sejuk, ujan sume tu.
mase winter laa paling mencabar kan.
subuh pn masuk dan habih makin awal skang

mad redo1 said...

gorgeous photos... living in poitiers definitely will keep mad redo1 in shape... hehehe... more shots please, really enjoy them.

blackpurple @ jowopinter said...

Saya memang suka kalau ada bunga warna ungu ni... :D

Amy said...

i miss spring time!!! :(

ROFI said...

Great pics Faiza. Jgn lupa post gambar bunga2 tu bila dah berkembang ye.

faizabelle79 said...

zino..
mmg cantik..best tengok garden rumah org

faizabelle79 said...

kak elle..
mmg cantik..ia seperti masuk ke dalam hutan kecil..

faizabelle79 said...

k-riey..
yes true..tapi lagi mencabar time solat masa summer nanti..

faizabelle79 said...

matredo1..
mmg boleh kuruih punyer..
Kat Poitiers ni mmg view dia cantik especially kawasan kebun dan perkampungan...

faizabelle79 said...

blackpurple..
awak suka ungu..saya suka hijau..

faizabelle79 said...

amy..
mee tooooo..

faizabelle79 said...

rofi..
insyaAllah akan ada entrynya..

Nina Suria said...

salam faizah, kabare? canteknya bunga2 tu, makin rajin kemas umah eik, nampak gayanya baby dlm tu aktif sangat kut..

semoga selamat melahirkan

sayang
kakmOn