Friday, May 18, 2007

Resepi Dapur Faizah..

French Moules Dengan Sos Cendawan

"Sesuai buat mereka yg suka
meratah dan mencicah.."


Bahan-bahannya..

1 kg kepah
4 sudu besar fresh cream
220 ml sos cendawan
(knorr atau lain2)
6 ulas bawang putih (potong dadu)
sedikit daun parsley/daun bawang



Rupa kepah mentah


Cara-caranya..

Cuci kepah sehingga betul-betul bersih...ketepikan..
Kemudian,panaskan periuk tefal dengan sedikit minyak masak..
Masukkan bawang putih yang telah dipotong dadu tadi..
Goreng sehingga naik bau..
Lantas,masukkan fresh cream bersama sos cendawan..kacau sebentar..
Kemudian..masukkan kepah...
Masak sehingga kepah terbuka dan sos sedikit pekat..
Rasakan garam..
Padamkan api dan taburkan daun parsley/daun sup yg telah dihiris..


Siap dimasak


Sedia untuk dihidang..
Sesuai dimakan begitu sahaja
atau
bersama roti baget peranchis
atau
roti biasa


Selamat Mencuba!



p/s:hidangan untuk 3-4 orang makan..




16 comments:

Zakiah said...

haila faizah...mussel tu kan? mesti masak periuk tefal ker??? kalu periuk cap boya bleh jadi ka??
heheheh.

sini mahai la kepah tuh.letak skali dalam carbonara sauce sedappppp

simah said...

oi..apa ni pagi pagi bagi orang terliur?

ka tturki deep deep fry isi kepah dan cicah dengan sauce atau depa buat stuffed mussel..

apa apapun... mussel is one of my fav seafood...come tot hink of it..i memang suka semua seafood! hhahaha

Kak Elle said...

Faiza tadi kat my sis pun ada kepah sambal...terlupa nak amek gambar pasal kat meja sebelah....

ZLAA said...

Periuk tefal tu periuk macam mana? Terliur-la pulak..

lelakhalidah said...

kat johor kepah nie orang panggil kupang... makan dgn roti ker?

bleh lah try buat lepas nie..

loveujordan said...

kepah oh kepah,
di mana nak dapat kepah ??
tunggu saja balik kampung
baru dapat cicah kepah.....
( nyanyi ikut rentak lagu bangau oh bangau tau....)

ish ish buat akak benar-benar meleleh air liur... nak cuba cari yang frozen , mungkin ada kat sini..nak yang segar kena travel ke Aqabah, almost 450km from Amman....

faizabelle79 said...

zakiah..
Hahahha..saya saja promod guna TEFAL..periuk cap boya pun bolih aii..
Sini kepah yg dah siap cuci 3.85 euros sekg..yg lebuh murah pun ada..
nanti izah cuba buh carbonara lak..tq

faizabelle79 said...

simah..
oo..org turki mcm cenggitu ye..
saya pun mmg suka seafood..kerang bakar beshkan..nanti balik nak makan kat Penang..

faizabelle79 said...

kak elle..
musim kepah nampaknya akak..

faizabelle79 said...

Zlaa..
PEriuk TEFAL ni periuk non-stick..buatan France..cantik dan biasanya datang dlm set2 yg menarik hati..
Nanti saya akan buat entry for Tefal..

faizabelle79 said...

Lelakhalidah..
OO..kupang namanya kat JOHO..
mmg sesuai mkn degn roti tau makan ratah2 je..

faizabelle79 said...

lujordan..
Pandai akak nyanyi lagu tu..tukar lirik dia...jauh tu nak dapat yg segar,,treingat masa zaman maktab dulu..cari kepah kat belakang umah..dekat dgn Penang Bridge..

zino said...

nampak sedap tu..

maklang said...

maklang memang suka tefal tu...kat sini mahal sangat. tak terbeli..

pasal kepah...maaf saya tak berapa makan sebab Cik Abang tak makan..

faizabelle79 said...

zino..cubalah

faizabelle79 said...

mak lang..Tefal pun mahal jugak kat France..kalau nak beli time sale seluruh france in January and July..time tu bole beli 12...hahha
Belum cuba belum tahu...